Sunday, January 19, 2014

Politik dalam Islam

Kukuh Blog kali ini akan memberikan informasi seputar Islam, yaitu politik Islam. Disini kita akan membahas asal usul dan arti kata politik serta kerangka konseptual dalam memahami politik. Berikut untuk lebih jelasnya silahkan baca dibawah ini.

Asal Usul dan Arti Kata Politik

Kata politik berasal dari bahasa latin “politicos” atau “politicus” yang berarti relating to citizen (hubungan warga negara), keduanya berasal dari kata polis yang berarti kota. Dalam bahasa arab politik biasa diterjemahkan dalam kata siyasah, kata ini diambil dari kata sasa-yasuusu yang diartikan mengemudi, mengendalikan, dan mengatur. Jadi kata politik diartikan mengurus, mengatur kepentingan seseorang.

Abdul Qadim Zallum menyatakan bahwa politik mempunyai makna mengatur urusan rakyat, baik dalam maupun luar negeri. Politik dilaksanakan pemerintah dan rakyat. Negara adalah intuisi yang mengatur urusan tersebut secara praktis. Sedangkan rakyat mengoreksi pemerintah dalam melakukan tugasnya.


Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"

Lima Kerangka Konseptual dalam Memahami Politik
  • Pertama, politik dipahami sebagai usaha warga dalam membicarakan dan mewujudkan kebaikan bersama.
  • Kedua, politik sebagai segala hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan negara dan pemerintah.
  • Ketiga, politik sebagai segala kegiatan yang diarahkan untuk mencari dan mempertahankan kekuasaan dalam masyarakat.
  • Keempat, politik sebagai kegiatan yang berkaitan dengan perumusan dan pelaksanaan kebijakan umum.
  • Kelima, politik sebagai konflik dalam rangka mencari dan atau mempertahankan sumber-sumber yang dianggap penting.

Melihat pengertian politik sebagaimana yang diuraikan diatas, maka salah satu persoalan yang banyak menimbulkan perselisian pendapat ialah persoalan politik dalam islam atau hubungan antara agama dan negara dalam Islam. Persoalan itu menimbulkan banyak pendapat :
  • Islam adalah satusatunya agama yang tidak mengenal pemisahan antara soal agama dan politik.
  • Pendapat yang mirip juga dianut oleh sebagian umat Islam sendiri, dengan konsekuensi bahwa menjadi orang muslim dengan sendirinya berarti memikul tanggung jawab mendirikan negara Islam.
  • Islam sama sekali tidak mengenal politik, baik sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai sekarang. Semua klaim kenegaraan Islam yang melibatkan persoalan teologis yang serius, menurut mereka adalah berjalan diluar legalitas kenabian yang diajarkan Islam.
  • Pendapat terakhir ini menunjukkan sejarah bahwa nabi Muhammad SAW khususnya setelah berhijrah ke Madinnah, telah bertindak sebagai utusan Allah dan sekaligus kepala negara. Jadi, sejak awal pertumbuhannya Islam memang menunjukkan adanya hubungan tertentu antara agama dan negara.
Prinsip prinsip Utama Sistem Politik Islam 
Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri dari beberapa perkara di antaranya :
  • Musyawarah - Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang orang yang akan menjawat tugas tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undangundang yang telah dimaktubkan di dalam al gur'an dan al Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan jalan menentukan perkara perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.
  • Keadilan - Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Keadilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya. Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak anaknya. Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.
  • Kebebasan - Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan negara Islam.
  • Persamaan - Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah. Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang ditetapkan oleh undang undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang undang.
  • Hak Menghisab Pihak Pemerintah - Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemeriritah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusankeputusan pihak pemerintah. 
Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)
"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)


Demikian yang dapat Kukuh Blog sampaikan informasi mengenai politik Islam. Mohon maaf bila ada penjelasan yang salah dan mohon maaf bila ada kesalahan kata. Semoga bermanfaat.

Comments


EmoticonEmoticon